Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Di hati ini


Wahai hati,
mengapa kamu bersedih,
bukankah ini yang kamu mahukan,
Mahukan si dia pergi meninggalkan kamu.

Wahai hati,
dulu kamu memberontak kepada si dia,
dulu kamu tidak suka tentang segalanya si dia,
tetapi mengapakah kini,
kamu bersedih sangat,
Bukankah ini keputusan kamu sendiri,
meninggalkan sidia,
tanpa memikirkan hati dan perasaan si dia.

Wahai hati,
kini,kau baru tahu,
betapa kau sayang sangat si dia,
mencintai si dia,
tapi semua itu sudah terlambat,
dia kini sudah pergi,
takkan berada di sisimu lagi,
ketika susah dan senang,
ketika kamu dalam suka dan duka.

wahai hati,
kini kau rasalah akibatnya,
dulu kau menafikannya,
kini kau baru merasakan kerinduan terhadap si dia,
kini kau hanyalah mampu merindui si dia dari jauh,
kini kau tak mampu mendekati si dia,
kau hanya mampu melihat segalanya tentang dia dari jauh,
padanlah muka kau waha hati.

wahai hati,
jangan kau mensia-siakan orang yang mencintai dan menyayangi kamu kini,
cubalah kamu memberi ruang,
di hati ini,
agar orang yang tengah mencuba memasuki ruangan itu,
dapat memberi rasa kepadamu,
janganlah kamu menutup pintu untuk orang itu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi berkata-kata...
(*_*)

lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015