Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


Tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Sebelum bergerak balik ke penang menuju ke kampus kesayangan Azfa...Sempat jugak Azfa online fb Azfa.Dah lama tak online Fb Azfa...Azfa saja tengok Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood punya Fb. Rasanya Azfa ingin berkongsi sedikit dari tips Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Bagi Azfa tips ini sangat berguna untuk dikongsikan bersama.Sebelum Azfa lupa... Ini tips nya : 

Untuk Bulan Ramadhan :

TIP KHATAM AL-QURAN SEBULAN RAMADHAN.
30 juzuk =30 hari
1 juzuk =1 hari
Baca 4 halaman setiap kali selesai solat fardu,kita boleh khatam sekali dalam bulan ramadhan.
Hari pertama a)Surah al fatihah ayat 1-7
b)Surah al-Baqarah ayat 1-141
Hari Kedua a)Surah al-Baqarah ayat 142-252.
Untuk hari ketiga ustazah sambung esok ye...
SELAMAT MEMBACA.

Manual Ramadhan utk kita sama-sama semak.
Lakukan :-)1.berpuasa kerana Allah 2.melambatkan sahur.3.Banyakkan zikir.
JANGAN Lakukan.1.berpuasa kerana terpaksa 2.meninggalkan sahur 3.Banyak berbual kosong.
Salam ingatan utk semua.


Selamat Berpuasa untuk semua umat islam :)

Tentang Bersahur ketika berpuasa

Tentang Bersahur

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Untuk puasa di hari pertama Azfa ingin berkongsi mengenai Tuntutan Bersahur....Kalau ada yang salah fakta ke,salah info ke atau apa2 yang tak kena jangan malu jangan segan..Tegur la Azfa...Sebab Azfa manusia yang tak makan orang selama 20 tahun Azfa dilahirkan...Jadi,Azfa harap info yang Azfa kongsi ini dapat di manfaatkan oleh semua umat islam di seluruh dunia yee...

-------

Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)

-------
Keutamaan Bersahur
-------

تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ

“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ

“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ

“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.

“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)


هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ

“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)

-------
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
-------


فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)

-------
Bersahur Dengan Kurma
-------

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:


مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ

“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)

-------
Melewatkan Makan Sahur
-------

Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:


كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا

“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154


Kredit  to : sunnah di Fb

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.

1st Puasa ... :)

Hari pertama Puasa

Assalamualaikum...Selamat sejahtera semua..

Alhamdulillah...Syukkur ke hadrat ilahi kerana bulan puasa bulan keberkatan tiba jua akhirnya...Tahun ini dapat berbuka puasa di rumah walaupun berbuka puasa dengan mak,adk lelaki Azfa dan adk perempuan Azfa yang kecik...ayah & adk perempuan Azfa berada di johor kerana hantar adk perempuan Azfa ke sekolah di johor...Jauh kan adk perempuan Azfa sekolah..Maklumlah..Adk perempuan Azfa ni pandai orangnya,...Azfa bukan tidak pandai atau bodoh tetapi Azfa banyak main-main masa di zaman persekolahan.Kalau Azfa belajar bersungguh-sungguh mesti Azfa pandai macam Dr.Syeikh Muzaffar kan3.??Bukan semua orang yang tidak pandai itu bodoh.Tetapi jika mereka yang tidak pandai itu berusaha bersungguh-sungguh,..Insyaallah,mereka akan memperolehi hasil dari berkat usaha mereka itu..*aiiceehh,,..bila masa boleh berceramah ni...ada bakat Azfa ni..hahaha..(Dengan nada yang bongkak & riak)Huhuhu..Just Kidding..Balik rumah baru dapat melayari internet (wah3..ayat skema gler kan Azfa ni..)...Boleh la relax-relax sekejap di rumah walaupun tidak lama mana pon...
Bulan puasa meningatkan Azfa pada seseorang yang memang Azfa nak jumpa sangat-sangat...Seseorang yang memberi pengalaman yang memang Azfa tidak dapat dilupakan...Moga-moga Allah melindungi dan mempermudahkan segala urusan dia...Sobsobsob...huhuhu...Hati bersabarlah dan teruskan mencuba untuk melupakan si dia walaupun susah untuk melupakannya...
Bulan puasa bulan yang memcabar dimana kita perlu mengawal nafsu diri kita setelah Allah menrantai & mengikat Syaitan,iblis,jembalang & seangkatan dengannya...Bulan puasa juga bulan yang terbaik untuk kita mengawal nafsu makan & amalan diet yang baik untuk badan.Selain itu kita juga boleh mengawal nafsu BOROS kita ini...Sebagai contoh, bila kita pergi bazar ramadhan mesti banyak laa makanan yang sedap-sedap & makanan yang kita selalu makan pon nampak sedap sebab nafsu kita berkata ' Weii,sedap kot makanan tu..Beli la..Ko boleh habiskan punya' Padahal kita tahu yang kita tidak akan habis punya selepas buka sebab perut kita sudah penuh.Itu namanya membazir.Bagi yang boleh mengawal nafsu ini Alhamdulillah Azfa ucapkan...Hamboi panjang benor laa pulak ceramah Azfa.Harap-harap semua faham yee...Maaflah kalau ada yang tersilap tulis kew..tersilap fakta or pemahaman ke...Silalah tegur Azfa. Azfa boleh terima..Jangan risau...Azfa tak makan orang lagi selama Azfa hidup 20 tahun ni.Azfa bukan jenis pemarah orangnya bila ditegur...Dun't Worry Be Happy ! :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraak ini ye semua !
Assalamualaikum.. :)

Berakhirnya Cuti Semester 4...Bermulanya Semester 5 Semester FYP !

Habis cuti semester 4...Bermulanya Semester 5 Semester FYP !


Hari ini hari terakhir berada di rumah...Kemalasan melanda diri ini...Someone...Help...!!!Azfa tidak mahu balik Penang...Besok dah balik Penang...Aduhai ...Macam ini lah Azfa bila kemalasan sudah datang mengetuk diri Azfa ni...Ada siapa-siapa tahu macam mana hendak menghalau Mr.Lazy ni??Someone pliss help Azfa !!!
Aduhai...Menjalani detik-detik terakhir di rumah nan indah..*Hahaha Gelak jahat tetiba*Siapa-siapa rasa nak bagi penampar kat Azfa ..Silalah bagi penampar laju-laju yee...Bosannya...Mr.Chipsmore tak ada..Member-member pula jauh...Aduhai...Kepala dah mula serabut bila FYP datang melambai-lambai sambil menari dengan riang secara tiba-tiba....huh ! Serabut betul memikirkannya...Aduhai...Tamat cuti semester 4  maka bermulalah semester 5 semester FYP ! Semester dimana Azfa kena belajar lebih sedikit.....Dalam masa yang sama takut result laaa...Taku sampai macam ni laaa...Alaa muka dah lebih kurang macam kartun sebelah ni......Hahaha..Hoomeell kan???...(*perasaan betul Azfa ni kan..)..Selepas ini Azfa tidak boleh nak jenguk-jenguk blog,Fb & sume la yang berkaitan dengan internet..sebab Azfa tidak beli broadband lagi.kalau nak berinternet dengan senang hati...Lebih senang di rumah Azfa saja...Ok la..Nak pergi dah..Bye-bye!

13 Jul 2012

Kesedihan Melanda

Short entry hari ini...Hari ini memang sangatlah sedih hati Azfa ini..Tidak tahu mengapa...Tapi nasib la ada insan bertuah dimana 'Mr.Mok' gelaran yang diberikan kepada dia daripada Azfa...Suka-suka hati je kan Azfa nak bagi gelaran dekat sape-sape....Terima Kasih Mok...Dia menjadi tempat luahan perasaan secara tidak disengajakan...Anda pun pernah alami situasi macam Azfa juga bukan? Kekadang kita tidak sengaja hendak meluahkan perasaan dekat siapa-siapa laa yang memang kita tidak jangka laa...Tapi kesian dekat Mr.Mok....Terpaksa menahan mata  sampai macam ni laa dia jadi dek melayan Azfa pagi-pagi buta ni...Tapi apa-apa pon lagi sekali Terima Kasih taw Mr.Mok......
Nak tahu apa yang Azfa sedihkan sangat-sangat?...Biarlah hanya Azfa dengan Mr.Mok sahaja yang tahu...Ok lah..Mata pun sudah bengkak...Nak pergi cuci mata & masuk tidur...Bye-bye sume...Terima Kasih Mr.Mok...ilysm...:)

10/7/2012

Hari ini, Azfa tak tahu nak buat apa lagi sekali..Lebih baik hidup single lagi bagus...Ada insan tersayang tapi macam tak ada...tak tahu laa...Tapi kan...Hari-hari Azfa ada orang temankan Azfa selain daripada insan yang tersayang taw...Kenapalah Azfa ni kan?Dari dulu sampai sekarang sama saja...Bila nak dekat habis belajar ataupun kerja barulah dapat rapat dengan semua orang...Aduhai...Azfa ada kenalan dalam satu laman web sembang yang terkenal...Dialah kenalan Azfa yang memang Azfa berani cakaplah..Azfa tak pernah bosan seorang lelaki yang dinamakan sebagai Mr.Chipsmore..Kenapa Azfa gelarkan Mr.Chipsmore?Sebab dia selalu sejap 'log on' sejap 'log out'...Isshh3...Tapi kan Dia memang kelakar...Kalau sembang dengan dia memang sampai lusa takkan berhentilah...Sampai macam itu sekali kan Azfa sembang dengan orang..Yelahkan..Sudah jumpa yang lebih kurang sama saja dengan perangai Azfa......Azfa jenis cepat bosan dengan seseorang kalau dia tidak pandai membawa diri....Hu3...Ok.Kita tukar topik...Nanti Azfa nak mencuba gunakan Template dari blogskins...Sebab tengok semua design yang direka oleh kebanyakkan pereka yang men'design'kan template mereka dengan begitu kemas,cantik,comel & teratur....Huhuhuhu ~~~ Nak tahu sebab apa Azfa cakap template yang direka dalam blogskins tu cantik? Jap eh...Tengok gambar dibawah ni


Ok la..Azfa nak tidur dulu...Nanti Azfa update cerita lain pula ye..sebelum tidur...Pastikan  . Lepas tu baru boleh ......  semua..Assalamualaikum...

8 Jul 2012

Kebosanan Melanda ( 9/7/2012)

Sebenarnya entry ni semalam punya...Tak sempat nak habiskan semalam.jadi post hari ini...
Alhamdulillah syukur nikmat kerana Allah telah memberikan Azfa nyawa untuk hari ini..Terima kasih ya Allah...Hari ini tidak larat nak berpuasa sebab sudah beberapa hari Azfa kurang sihat...selalu pening, tidur tidak ikut masa kekadang tidak boleh tidur langsung...Hati pun rasa tidak tenang...Kenapa ye? Mungkin sebab Allah nak Azfa selalu ingat Allah kot..Hari ini sudah 2 minggu cuti semester...Kebosanan melanda minggu ini...* Ada pakwe pon bosan tak ada pakwe lagi la bosan...Sama saja..Ok. Hari ini Azfa baca blog Cik Yuyu Zulaikha...Memang selalu baca blog Cik Yuyu ini sebab ? Anda klik la sendiri..Baru anda tahu mengapa Azfa cakap seronok..Azfa mula mengikuti blog Cik Yuyu beberapa bulan yang lepas sejak bekas 'roomate' Azfa yang membaca secara tidak sengaja kerana masa itu dia sahaja cari kt Mr.Google pasal ape entah...Azfa pon lupa...Selepas itu Azfa baca pula blog Cik Lyssa ...Dalam blog Cik Lyssa, Azfa lebih banyak membaca pasal tutorial beliau kerana beliau banyak 'up-date' tutorial yang menarik.... :)
Petang tadi tengok Program pendidikan 'Oh My English'...Baru Azfa tahu kenapa program tv kt Astro 'Oh My English' itu menarik..Kerana program tersebut mengisahkan program pembelajaran bahasa inggeris untuk semua orang lebih-lebih lagi untuk pelajar sekolah...Lepas tengok tv Azfa sambung balik membaca blog orang lain..Kali ini blog lain pula...Blog Cik Dil ini Azfa baru baca sebab Azfa mencari doodle yang menarik melalui Mr.Google & Mrs.Yahoo...Cantik doodle yang Cik Dil buat ( Cik Dil lukis sendiri taw ! Hoomel..Hoomel)...
Lepas baca blog cik Dil tak tahu nak buat apa...Jadi Azfa tolong kawan Azfa seorang ni tukar layout blog dia...Cik Kyla ...Walaupun tidak berapa lawa tapi hasilnya ..uummpphhh!!!Sangatlah kemas...*Apa ke benda puji diri sendiri.,,Suka angkat bakul snediri...Ok la.Setakat ni la post untuk hari ini...Bye bye,..Nak tidur...Sudah mengantok...
Assalamualaikum

- Akhirnya -

Hari ini...Setelah beberapa hari berpenat lelah sampai jari-jemari,tangan..senang cakap satu badan la sakit-sakit gara-gara nak mencantikkan lagi blog Azfa...Berkat tutorial yang dipelajari Azfa daripada Cik lyssasecret & Doodle yang diambil daripada En.Apit (sorry la ambil doodle anda tanpa kebenaran ye..) :)... Azfa sebenarnya dah lama buat blog ini tapi private laa sebab Azfa tak ada masa nak update blog...Baru sekarang ada masa nak update blog..Terima kasih sekali lagi kepada Cik lyssa & En.Apit kerana tuto dan doodle anda... Nanti dah tak ada masa nak update blog sangat dah..Yela start 17/7/2012 Azfa sudah semester 5 dimana semester membuat FYP (Final Year Project)...* psssttt...Sesiapa yang tak tahu boleh cari dekat En.Google,Mrs.Yahoo,Miss Safari etc..laa yang sama waktu denganya..

Doakan Azfa berjaya taw !*xmo repeat sem..Sakit wooOO...Wish me Good Luck Dear..

Kejujuran

Kejujuran memang penting dalam kehidupan...Lagi-lagi bila kita harus jujur dengan ibu bapa kita...Semua orang pernah menipu ibubapa kita kan3...Masa kecik-kecik kita pernah menipu ibubapa kita sebab kita buat salah dan takut kena pukul kan3...Azfa pernah menipu ibubapa Azfa disebabkan Azfa terlalu cintakan dan sayangkan seorang lelaki yang dinamakan sebagai 'A'...Disebabkan terlalu sayang dan CINTA Azfa kehilangan segala-galanya *sebenarnya ibubapa Azfa dah tegah tapi dek sifat cinta yang melampau-lampau Azfa buat tidak peduli je...Tapi bagi Azfa kehilangan harta tidak mengapa...Satu sahaja yang Azfa akan menyesal seumur hidup Azfa ialah bila IBUBAPA Azfa hilang disebabkan Azfa (itu bermakna secara langsung Azfa telah menjadi anak derhaka)... Azfa nak pesan dekat semua perempuan di sana...Sila pegang 3 benda ini sebelum anda bernikah = menjadi isteri yang sah...
Kalau anda sudah berkahwin anda ikutlah cakap suami anda asalkan apa yang suami anda suruh itu tidak bertentangan dengan agama islam...* cakap orang boleh..tapi diri sendiri tak kahwin lagi...
Kejujuran dalam berkawan lagi la penting... Sebab kalau kita tidak jujur nanti orang tidak percayakan kita...
Azfa pernah kenakan kawan azfa ni bernama 'N'...Azfa cuma cakap yang satu benda jew dengan dia dan Azfa ada cakap dengan dia jangan bagitau dekat orang lain...Tetapi akhirnya dia bagitau jugak..The moral of story is...Sikap itu sahaja Allah s.w.t tunjuk dekat Azfa supaya kena berhati-hati selepas ini dalam mencari sahabat & kawan...Hanya disebabkan perkara itulah yang membuatkan Azfa kurang mempercayai dia....Alhamdulillah dan syukur tidak terhingga Azfa ucapkan kerana Allah sudah tunjuk kebenaran di hadapan saya.. Secara tidak langsung dia menunjukkan sikap dia yang sebenar di depan saya..
Azfa minta maaf sebab Azfa memberitahu perkara yang tidak benar kepada si 'N' itu kerana Azfa hendak tahu sama ada dia boleh jujur & menyimpan rahsia ataupun tidak.. Itu sahaja niat tetapi di salah anggap pulak oleh dia...Tidak mengapa laa...Salah saya juga...* padan la muka Azfa..Siapa suruh menipu..Kan sudah terkena balik..
Azfa minta maaf kerana memang tidak baik buat begitu pada kawan tetapi Azfa jenis sekali Azfa terkena... Azfa lebih berhati-hati sebab dulu sudah bermacam-macam Azfa kena dari kawan-kawan...Sampai tahap Azfa macam itu laa Azfa menguji kawan Azfa itu....hu3..So Beware taw!* HAHAHAHA (gelak setan tetiba pulak ni Azfa) just kidding Dear ! :) ...

testing

<3
lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015