Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Bersama Part II

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

  Post kali ini Entry bergambar saja taw ! Orang-orang dibawah ini kawan-kawan Azfa sepanjang Azfa study di Penang...Bermacam-macam pengalaman yang Azfa dapat bila bersama dengan diorang ni...Takkan Azfa lupakan.

Azfa terpaksa buat entry scroll sebab nak nampak kemas...

BFF 4 Eva

Inilah Classmate girl Azfa...
Tak ramai pon perempuan classmate Azfa...
Kami ber'Enam' saja lah bunga dalam kelas kami...


Gambar di atas ini gambar Budak-budak Kelas Azfa...



**Gambar lama ~~~~(Sorry kalau gambar xberapa ok)

Waktu ini Kelas Azfa kena buat Satu Program Bersama Anak-Anak Yatim Di Penang...



Inilah Classmate boy Azfa yang agak gila-gila Sikit...
Seorang Wanita ditengah-tengah tu..
Pengurus Kelas A...
Nama dia Pn.Nooranita a.k.a mama...


Ini barulah Pengurus Kelas Azfa...
Azfa Kelas B...
Nama dia Pn.Fadzilah...
Dia memang seorang yang kecik lagi comel dari Azfa...
(Jangan Marah Taw Puan... ^_^ )


Gambar Semasa Semester 1...


Gambar Selepas Habis Chorus Speaking...



Masa ini Malam TKE Dinner...
Azfa tak ada masa ini...
   

Masa ini salah satu kenangan yang memang tak boleh dilupakan lah...
Masa ini diorng kena denda...
Kesian...
Hahahaha...







Ini Gambar dah edit....

Bersama Part I .... ... ...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

   Hari ini Azfa mempunyai kelapangan untuk menjenguk blog sekejap walaupun tidak sekejap mana pon...Sebenarnya entry ni dh lama terperam tunngu masa untuk publish jew. Dan Alhamdulillah siap jugakk entry ni dan di'publish'.

   Entry ini ada 3 part dan yang ini part I..Part II dan Part III Azfa update kan nanti..Salah satu sebab Entry ini di'updatekan' kerana Azfa ingin berkongsi kepada anda semua mengenai mereka.Azfa sebenarnya susah nak dapatkan seorang sahabat...Lagi-lagi yang boleh tahan dengan karenah Azfa.
   
   Kawan ketika suka & senang mudah di cari...Tapi kawan ketika suka,duka & ketika susah..Susah di cari. Begitu jua dengan Azfa. Sepanjang 2 1/2 tahun Azfa belajar di Penang..Di negeri orang...Banyak pengalaman yang Azfa perolehi...Kesian kat Azfa...Azfa jenis yang susah bergaul dengan orang yang baru..Azfa baru boleh bergaul dengan semua 'classmate' Azfa ketika Azfa semester 4...

   Sebenarnya Ada insan yang sudi membantu Azfa. Azfa lebih senang gelarkan dia " Mr.AA ". " Mr.AA " yang telah mendorong,menasihati, dan menemani Azfa sepanjang Azfa mula berkenalan dengan Mr.AA sampai laa sekarang ....Terima Kasih kepada Mr.AA . 

BFF 4 Eva
   MISS SYA ! Kawan merangkap sebagai sahabat dan juga roomate Azfa banyak membantu Azfa ketika susah dan senang..Azfa amat menyenangi dan selesa sepanjang Miss Sya menjadi roomate Azfa dari semester 2 sampai la sekarang Azfa di semester 5..Azfa dengan Sya ni banyak sangat persamaan kegemaran dari segi aktiviti mahupun kesukaan sesuatu benda..Salah satu warna pink ! 

   Dia juga partner Azfa dalam kumpulan FYP Azfa untuk semester ini. Kenapa Azfa lebih senang memilih dia? Meh pinjam telinga sekejap ! Sebab dia tahu perangai Azfa macam mana walaupun perangai Azfa di luar jangkaan...Tanpa dia di asrama .... Azfa boleh mati kesunyian ooo..sebenarnya Azfa tidak ramai kawan.Azfa ni susah mencari kawan yang betul2 boleh dibawa sebagai sahabat.Setakat kawan ketika suka & senang ramai la.Hanya beberapa kawan Azfa saja yang aku boleh gelarkan mereka sebagai sahabat Azfa.


   Tidak lupa juga kawan-kawan sekelas Azfa yang banyak membantu Azfa..Walaupun mereka banyak main-main daripada nak serious...Memang boleh pecah perut laa kalau layan karenah mereka ni...Lepas ini Azfa akan merindui mereka..Merindui gelak tawa,karenah dan gelagat mereka sepanjang belajar ... 


11 sept 2012

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua !

   Sudah lama hamba tidak menaikkan tarikh (update) baru di blog hamba ini yee...Sejak bila pulak aku nak berhamba-hamba pulak...Nak dekat 2 minggu dah Azfa tidak updatekan blog Azfa ini...Sudah berhabuk blog Azfa ini... Tapi sepanjang 2 minggu ini...Sebenarnya..ini entry lme..dh berkurun dlm draft...bary sekarang dapat publish...


   Macam-macam perkara Azfa kena buat..Paling banyak laa..Pensyarah bagi ujian..Sepatutnya minggu lepas..Tapi disebabkan ada hal semua ujian terpaksa buat minggu ini...Jumaat lepas Jabatan Azfa ada buat jamuan raya..Seronok la jugak ! Sampai pensyarah terkejut dengan penampilan Azfa yang boleh dikatakan hampir sama dengan gaya pensyarah di kapmus Azfa **ye ye ooo je kan pensyarah aku ni cakap...nampak benor muka aku dah tua dari umur yang sebenar......


   Nanti Azfa upload gambar-gambar masa jamuan tuu yee dekat entry yang akan datang..Kali ini Azfa nak bercerita pasal kawan... Sepanjang Azfa berada di sini.Azfa hanya ada beberapa orang saja kawan..Maklumlah...Azfa ni seorang yang suka cari pasal suatu ketika dahulu kala...Budak jahat laa katakan...


Sekarang ini Azfa baru sedar..Kawan-kawan Azfa ini setia dengan Azfa tidak kira apa yang berlaku...Terima Kasih yee Kawan ! Sudi bersama ketika susah dan senang..Okey laa ! Azfa nak bersiap-siap pergi kelas...Wish me GOOD LUCK yee !  Nanti Azfa upload gambar-gambar masa jamuan dengan gamabr-gambar kawan-kawan Azfa yang Sporting lagi 'Gila-gila' . . .

One more thing, Next month Azfa dah start OJT...
Tahu tak apa itu OJT (On Job Training = LI ,Latihan Industri)
Kepada kawan-kawan yang akan menjalani latihan industri atau praktikal next month...
wish u all good luck tau...



Charlie Oh Charlie a.k.a TOMCAT !

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

 Selamat Pagi semua. Baru hari ini Azfa dapat meluangkan sedikit masa untuk berbloging walaupun sekejap. Azfa sebenarnya sibuk 2 minggu selepas habis cuti raya. Minggu ni jadual kelas agak padat.Tapi dah lumrah belajar di peringkat institusi...


 Lepas baik demam + batuk + selesema...Azfa kena bisa serangga Charlie ni..Aduhai ! tak suka Azfa kena bisa Charlie ni. Susah nak sembuh. Dulu Azfa kena lagi teruk..Tapi kali ini kena balik xteruk sangat la..Sebab dah tahu cara-cara nak merawat...

 Kat kampus Azfa, Charlie memang terkenal. Biasanya Charlie datang tiap-tiap tahun pada hujung tahun dalam bulan 7...Siapa kena Chalie alamatnya sakit laa..Nak letak ubat sapu la..Kalau nak mandi kena pon kena hati-hati.Takot air bisa merebak ke tempat lain.

 Azfa asyik dok syok-syok bagitahu pasal Charlie...Semua tahu ke Charlie ini?nama orang ke?huhuu bukan nama orang tapi  sejenis serangga kecik.Kalau yang tahu..Alhamdulillah..Tak payah nak terangkan panjang lebor...

Sebenarnya Charlie atau nama lain serangga TOMCAT itu serangga yang kecil-kecil cili padi tapi bahaya taw ! Terkena bisa Charlie lambat nak sembuh ! 

Tapi bagi yang tak tahu Charlie itu apa...Boleh klik yang ini taw Jom Wiki Sejap TOMCAT! Bawah ini Azfa tunjukkan gambar-gambar serangga TOMCAT ! Gambar-gambar Charlie ini Azfa cari kat Mr.G jew.



Azfa harap korang hati-hati taw dengan Charlie. Mencegah dahulu itu lebih baik dari merawat.

Entry Hari Raya Minggu pertama !

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

 Berhabuk blog Azfa ini..Almaklum laa...Cuti raya...Tambah-tambah lagi ahad ni Azfa kena balik penang balik...Alamatnya Azfa kuranglah nak menghupdatekan blog ni...(** ada ke dalam kamus menghupdatekan?)

Alhamdulillah...Selesai sudah sebulan berpuasa kini Syawal datang menyapa semua umat islam....Rasa sedih datang mengetuk pintu di hati kerana Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita..

 Bulan Syawal pasti ramai orang yang akan balik ke kampung halaman masing-masing...Lagi-lagi raya tahun ini budak-budak sekolah dapat cuti seminggu & cuti 2 hari awal...Tapi raya kali ini jalan-jalan raya menghala ke arah utara & selatan agak padat lagi-lagi 2 hari sebelum raya...**mcm pembaca berita pulak..Ok..

Raya kali ini macam raya-raya sebelum ini...Tidak berapa meriah dan tidak sunyi...Tapi yang bestnya raya kali ini..sambut besday adik Azfa & 2 hari lepas besday adik Azfa secara tidak dirancang pula sepupu Azfa bertunang dengan cik puan negeri tempat tinggal dia sendiri dekat negori sembilan...Hahaha...Siapa kampung dia dekat JOHOR???Sila angkat tangan ! hehehehe..Kampung Azfa dekat Johor..Jaoh tuu...Hahahaha...Seronok memang seronok tapi dalam masa yang sama keletihan kepenatan semuan ada la yang bermula dari 'ke...an'...

Tema baju raya tahun ini light purple...Mak Azfa yang nak warna ini.So,Azfa ikot jela...Apa warna baju raya anda tahun ini?

Ok la.Azfa nak pergi penang dah..Ada masa Azfa update gambar raya Azfa kat kampung Azfa yee..Bye-bye semua.Take care diri masing-masing taw.Main mercun berpada-pada...Jangan sampai ada hilang salah satu anggota badan pula...Assalamualaikum &selamat tinggal..

Test! Test ! Test! :)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera !

Entry kali ini saja2 je...Azfa tengah belajar nk buat blockqoute ! Hehehe..Ketinggalan Azfa ni..Org lain sudah tahu buat..tapi azfa baru nak buat ! :)


saya sayang kamu !

Nak join segmen tambah kenalan di hari raya !

.Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Alhamdulillah...lagi beberapa hari raya datang kembali..tetapi hati berasa sedih kerana ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi.
Entry hari ini berkaitan dengan segmen tambah kenalan di hari raya yang di anjurkan oleh >nurfara-hani.blogspot.com<. . .

Terasa ingin join pulak segmen ini...Anda mahu join jugak? Marilah...Ramai la jugak yang join segmen ini..Azfa dapat tahu  segmen ini dari >ahmadsollehin.blogspot.com< semasa tengah blogwalking blog dia...Apa-apa pon kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini yee...Tekan sini taw ! Bukan klik di tempat lain.ok ! :)

demam kuning part 2


Assalamualaikum & selamat sejahtera

credit to wanhazel

Alhamdulillah...Entry kali ini merupakan entry sambungan daripada entry terdahulu mengenai demam kuning tapi bagi golongan orang dewasa pulak. Jom baca !kalau salah kew apa kew silalah bagitau kat Azfa ye...Azfa Tak pernah makan orang selama 20tahun Azfa dilahirkan..Ini Azfa nak kongsi bersama jew.

Penyakit demam kuning dikalangan orang dewasa mungkin disebabkan oleh serangan virus dalam kumpulan "keluarga Flaviviradae". Virus ini biasanya disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab penyakit Demam Kuning.


Diantara pembawa atau vektor kepada virus penyebab demam kuningadalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa kepada virus Denggi – punca kepada penyakit Demam Denggi dan penyakit Demam Denggi Berdarah).



Demam kuning (juga dikenali sebagai muntah hitam ( black vomit ) atau kadang kala (The American Plague) adalah penyakit virus biologi. Ia masih merupakan sebab utama penyakit berdarah (hemorhage) di beberapa negara Afrika dan Amerika Selatan walaupun terdapat vaksinyang berkesan. Pada masa dahulu, ia merupakan penyebab beberapa wabak yang membawa bencana.



1940 - beribu-ribu orang mati di Sudan
1960-62 - 15,000 - 30,000 mati di Ethiopia
1965 - beribu-ribu kes yang menyebabkan beratus kematian di Senegal
1978 - 91 kematian dilapurkan di BoliviaEcuadorBrazilColombiaPerudan Venezuela
1978 - 63 kematian di The Gambia
1978 - 40 kematian di Ghana



Penyakit ini disebabkan oleh arbovirus dari famili Flaviviridae, dan adalah virus RNA terkecil diasingkan dari manusia.



Nyamuk adalah vektor penyakit utama dalam penyebaran penyakit dari monyet hutan kepada manusia dan dalam penyebaran manusia ke manusia. Nyamuk yang terbabit adalah Aedes simpsoniAedes africanus, dan Aedes aegypti di Afrika; dan genera Haemagogus dan Sabethes.
Kitaran penyakit berbeza daripada jangkitan tidak kelihatan kepada penyakit demam kuat dangan kadar kematian yang tinggi. Terdapat perbezaan antara wabak di kawasan luar bandar dengan dalam bandar. Penyakit di dalam bandar dan orang bukan tempatan adalah lebih serious.



Selepas 3 hingga 6 hari tempoh pengeraman simptom biasa yang kelihatan adalah demam, sakit otot, sakit kepala, dan sakit belakang. Simptom lain lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah juga merupakan simptom penyakit demam kuning. Dalam sebahagian kes terdapat juga penglibatan organ dalaman - hatiginjal dan jantung. Terdapat juga pendarahan dari usus penghadaman (muntah darah). Kemudian penyakit ini sering dirumitkan lagi dengan jaundise dengan kegagalan hati dan/atau kegagalan ginjal dengan proteinuria. Jika penyakit bertambah buruk, meracau, sawan dan koma menurut.Hypotension dan kekeringan ( dehydration ) juga biasa. Kadar kematian sekitar 5%. Pesakit yang mati biasanya berlaku dalam tempoh enam hingga tujuh hari selepas mula menunjukkan tanda-tanda.


Kesihatan umum :

Demam kuning adalah salah satu penyakit di dunia yang sesetengah negara mewajibkan vaksin untuk orang yang mengembara ke tempat berjangkit. Negara-negara ini juga biasanya mempunyai peraturan memerlukan kuarantin untuk mereka yang tiba dari kawasan semulajadi ( endemic ) demam kuning yang tidak mempunyai bukti mereka mempunyai vaksin terhadap penyakit demam kuning. Ini disebabkan vektor penyebaran demam kuning, nyamuk Aedes, wujud di kawasan tropika lain dunia yang tidak dijangkiti demam kuning dan wabak mungkin merebak sekiranya penyakit ini di bawa masuk tanpa sengaja.


Pencegahan:

Vaksin untuk penyakit demam kuning telah dimajukan yang memberikan 10 tahun ketahanan dari penyakit demam kuning dan melindungi mereka yang mengembara ke kawasan dijangkiti dan sebagai langkah mengawal penyakit pada masa yang sama. Racun serangga dan pakaian pelindung, dan skrin rumah boleh membantu tetapi tidak selalunya mencukupi Di kawasan terbabit, kaedah kawalan nyamuk ternyata berkesan untuk mengurangkan jumlah kes.
Di kebanyakan negara, pelawat yang pernah pergi ke kawasan asal demam kuning dalam tempoh enam bulan dan tidak mempunyai bukti vaksin terhadap penyakit demam kuning boleh di kuarantin sehingga mereka disahkan bebas daripada demam kuning.

Tidak terdapat rawatan khusus bagi penyakit demam kuning; oleh itu pevaksinan adalah penting. Rawatan hanya kepada tanda-tanda dan hanya sebagai sokongan. Penggantian cecair, melawan hypotension dan pemindahan hasil darah hanya dijalankan pada kes yang teruk. Bagi kegagalan ginja - dialysis.



Apa itu demam kuning? Part1



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya masih lagi diberikan nyawa untuk terus menghirup udara & melihat kebesaran Allah yang maha esa di muka bumi ini...
Hari ini Azfa nak bercerita sedikit tentang demam kuning...Hampir semua orang pernah kena demam kuning lagi-lagi sewaktu mereka masih bayi lagi. Menurut mak Azfa, Azfa kena demam kuning sehari @ dua hari selepas Tok Bak ( nama panggilan dalam keluarga sebelah Mak Azfa untuk datuk Azfa ) mandi bunga kat Azfa...Tak tahu la betul atau tidak...Rasa macam kelakar pulak.Anda pulak macam mana? Jari-jemari Azfa tidak sabar-sabar untuk mengetahui pasal demam kuning terus menyapa 'Mrs.Yahoo' mengenai demam kuning. Ini yang Mrs.Yahoo bagi maklumat dekat Azfa. Daripada 'Mrs.Yahoo' bagi kat Azfa health & http://norazena.blogspot.com/ :



Bagi bayi :

Demam kuning atau lebih dikenali dengan penyakit kuning bermaksud pencemaran kekuning pada kulit. Jaundis, dikenali sebagai penyakit kuning, merupakan salah satu komplikasi kesihatan yang amat besar. Kematian telah dilaporkan disebabkan penyakit kuning. Anda perlu mengambil penjagaan yang baik daripada orang yang menderita dengan Diabetes jika tidak ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius.
Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.
Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -
  • Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  • Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.
Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

Demam kuning normal (physiological jaundice).
Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
Demam kuning pra-matang.
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice).
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak.
Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.

Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang

30 keistimewaan bulan Ramadhan

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat. 

Selama Ramadhan, Allah memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias. Rasulullah Saw. bersabda:”… Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” [HR. Baihaqi]. Itulah aspek menarik keajaiban bulan Ramadhan yang tak banyak orang tahu.

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin

Puasa juga melatih 
diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim

Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan

Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya

Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah

Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan


Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) 

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan

Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan

Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan

Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.

31 JUL 2012

- Assalamualaikum -
kredit to wan hazel

Alhamudillah...Azfa masih diberikan peluang untuk terus hidup di muka bumi Allah yang indah serta tersimpan pelbagai manfaat. Minggu ini Azfa nak berkongsi sedikit petua untuk mencuci hati oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah.Jom kita baca & manfaatkan petua ini. Harap petua ini dapat membantu anda semua walaupun sedikit.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut 



sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!   

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

Tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


Tips dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Sebelum bergerak balik ke penang menuju ke kampus kesayangan Azfa...Sempat jugak Azfa online fb Azfa.Dah lama tak online Fb Azfa...Azfa saja tengok Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood punya Fb. Rasanya Azfa ingin berkongsi sedikit dari tips Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Bagi Azfa tips ini sangat berguna untuk dikongsikan bersama.Sebelum Azfa lupa... Ini tips nya : 

Untuk Bulan Ramadhan :

TIP KHATAM AL-QURAN SEBULAN RAMADHAN.
30 juzuk =30 hari
1 juzuk =1 hari
Baca 4 halaman setiap kali selesai solat fardu,kita boleh khatam sekali dalam bulan ramadhan.
Hari pertama a)Surah al fatihah ayat 1-7
b)Surah al-Baqarah ayat 1-141
Hari Kedua a)Surah al-Baqarah ayat 142-252.
Untuk hari ketiga ustazah sambung esok ye...
SELAMAT MEMBACA.

Manual Ramadhan utk kita sama-sama semak.
Lakukan :-)1.berpuasa kerana Allah 2.melambatkan sahur.3.Banyakkan zikir.
JANGAN Lakukan.1.berpuasa kerana terpaksa 2.meninggalkan sahur 3.Banyak berbual kosong.
Salam ingatan utk semua.


Selamat Berpuasa untuk semua umat islam :)

Tentang Bersahur ketika berpuasa

Tentang Bersahur

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Untuk puasa di hari pertama Azfa ingin berkongsi mengenai Tuntutan Bersahur....Kalau ada yang salah fakta ke,salah info ke atau apa2 yang tak kena jangan malu jangan segan..Tegur la Azfa...Sebab Azfa manusia yang tak makan orang selama 20 tahun Azfa dilahirkan...Jadi,Azfa harap info yang Azfa kongsi ini dapat di manfaatkan oleh semua umat islam di seluruh dunia yee...

-------

Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)

-------
Keutamaan Bersahur
-------

تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ

“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ

“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ

“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.

“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)


هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ

“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)

-------
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
-------


فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)

-------
Bersahur Dengan Kurma
-------

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:


مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ

“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)

-------
Melewatkan Makan Sahur
-------

Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:


كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا

“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154


Kredit  to : sunnah di Fb

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.
lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015