Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Azfa nak kongsi sedikit mengenai kucing kat rumah azfa.
Memang banyak kucing kat rumah azfa ni. Yang ni azfa baru cerita sedikit tentang kucing-II kat rumah azfa. Kucing-II yang azfa cerita ni kucing-II yang memang selalu lepaking kat rumah azfa.
Kalau sesiapa offer azfa nak pelihara kucing memang azfa akan tolak.
sebab apa?Kenapa tak nak bela?kalau kucing parsi pon tak nak bela jugak ke azfa?
Kalau kucing parsi?Yang tu azfa kena tanya parents azfa.
Sebab azfa tinggal dengan parents azfa.Jadi,sebarang belaan haiwan ni kena rujuk tuan rumah punya la. Azfa masih dibawah tanggungan mereka lagi dan rumah ni pulak harta parents azfa yang punya.
Bunyi harta macam banyak je kan?Hahahaha.Tak adalah. Rumah pon termasuk dalam harta jugakkan?Harta dunia saja semua ni.
Nama kucing ni Comel
Ni mom cat bubu. Comel ni sebenarnya kucing pendatang .
Azfa tak tahu berapa dah umur comel ni.
Tapi yang pasti agak tua dah comel ni.
Yang kucing oren ni pulak Boboi tapi azfa selalu panggil bubu.
Tu gambar bubu dari kecik sampai la besar.
Tapi yang bubu ni dah lama mati atas sebab yang tak diketahui.
Family azfa pernah bela kucing suatu ketika dahulu.bunyi macam 100 tahun punya lama bela padahal 8 tahun yang lepas je.
Yang azfa hairannya kebanyakkan anak kucing comel ni samada jarinya lebih atau kacukan kucing parsi. macam yang bubu ni. Contohnya gambar kucing kat bawah ni. Salah satu cicit comel yang azfa sendiri tak pasti berapa banyak sebenarnya.
Perhatikan dengan teliti jari-jemari kucing ni. Lebih dari jari normal kucing biasakan?
Kucing ni kacukan kucing kampung+parsi. Oooppss..Lupa nak bagitahu nama kucing ni.
Nama kucing ni musang. Jiran sebelah rumah azfa yang bagi nama ni sebab muka dah lebih kurang macam musang. Azfa tergelak-II bila dengar jiran azfa bagitahu nama kucing ni. Dah tak ada nama lain dah agaknya.
Comel selalu lahirkan anak-II nya bila azfa ada kat kampus. Comel ni pandai cari port kat dalam rumah. Yelah,tiap-II kali comel beranak azfa sekeluarga tak tahu bila masa comel ni beranak taw! Tahu-II je anak-II comel ni dalam usia anggaran seminggu. Bijak jugak comel ni .
Comel ni tahu jew bila orang nak snap gambar dia ni. Siap posing tak tahan.
Comel ni ada beberapa habit buruk kekadang menyusahkan family azfa.
Yang ni beberapa habit buruk comel ni.
- Kalau bab makanan memang cerewet. Comel makan ikan kembung rebus je dan mestilah ikan tu dah siap dibuangkan tulang-II (maknanya tinggal isi jew) dan nak makan dalam pinggan jew.
- Tak suka sesiapa pon menyanyi. Kalau menyanyi jugak tak sampai 15 minit, samada comel akan marah tak pon gigit mana yang sempat dia gigit. Azfa pernah kena. Comel nak cakar kat muka azfa sebab masa tu azfa tengah menyanyi. Nasib kena kat tangan jew.
- Disebabkan comel ni suka tinggal dalam rumah azfa,maka mana-II kucing yang nak masuk rumah azfa akan fikir beribu-II kalilah. Sebab comel ni akan kejar dan marah sampailah kucing tersebut tak berani nak masuk rumah azfa lagi.
Ni pulak gambar anak-II comel yang terbaru.
Kali ni comel beranak kat rumah sebelah tetapi kerana rumah sebelah dah 2 mom cat beranak iaitu satunya musang dan lagi satu azfa pon tak ingat nama la mom cat tu Comel pon membawa anak-II dia termasuklah anak kucing musang seekor ni sebab comel dah menyusukan anak musang seekor ni secara tak langsung. Jadi kesemua anak-II comel 3 ekor saja.
Comel ni pandai jaga anak-II dia lagi-II dari segi kebersihan walaupun masih berbau jugak tapi tak kuat manalah bau tu.(dah nama pon kucing lainlah kalau kucing ni dah jadi macam manusia)
Memang mok-II la anak-II comel ni.
Ok lah.Azfa akan update lagi pasal kucing-II azfa ni.Nak mandi-II,siap-II dan keluar pergi jejalan dengan adik azfa.Dah membebel adik azfa ni ajak pergi jejalan. Bye semua. ~~Wassalam~~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi berkata-kata...
(*_*)