Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Sebenarnya saya ni tak ada idea untuk letak tajuk entry ini...
Insyaallah...dalam bulan 6 ni kalau tidak kena mengulang sebarang subjek atau 'failing' maka tamatlah kedudukan saya sebagai pelajar di kampus saya. Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun saya belajar dalam bidang elektronik ini..HHOORREEYYY !

 Ramai yang tanya saya kenapa saya ambil bidang ini...meh sini saya senaraikan beberapa pertanyaan yang kerap orang tanya kat saya.

pertanyaan 1 : susah ke tidak bidang ini..?
pertanyaan 2 : kenapa ambil bidang ini,bukan perempuan tidak minat ke bidang ini?
pertanyaan 3 : Tidak ramai perempuan yang berani belajar dalam bidang ini?
pertanyaan 4 : awak suka ke bidang ini?
pertanyaan 5 : kenapa tak ambil bidang lain?kenapa ambil bidang ini?
pertanyaan 6 : awak memang 'tough' laaa..lepas belajar ni nak jadi apa?

Bagi saya ini cabaran buat saya...dalam masa yang sama parents saya yang syorkan bidang ini kepada saya. Lama jugalah saya fikirkan benda ini..Sebab kalau ikutkan minat saya.. Saya lebih suka kepada komputer,graphic designer,sains matematik...akhirnya Saya pilih juga bidang ini disebabkan parents saya + rasa tercabar oleh beberapa sebab...
Dan inilah jawapan saya :
Tiap-tiap bidang susah juga sebenarnya...Mak saya selalu pesan ' Kalau tak rajin membaca,bertanya kat pensyarah bila tak faham,tak rajin ulangkaji dan yang penting malas nak solat,baca al-quran macam mana Allah nak permudahkan segala urusan along lagi-lagi semasa along tengah belajar ini?' Sebak saya dengar bila acapkali mak saya berpesan sebegitu ayat...
Lagi satu jangan tipu parents...Saya pernah tipu parents saya...Saya ini bukanlah seorang perempuan yang baik dan bukanlah seorang perempuan yang terlalu jahat..Disebabkan terlalu alpa dengan keduniaan dan kepentingan diri sendiri serta hawa nafsu yang tidak dapat di kawal. Di sebabkan itulah saya menipu parents saya..Bukan nak buka pekung di dada tetapi mahu dijadikan sebagai panduan untuk semua orang serta para pembaca.

Bermacam-macam dugaan saya tempuhi ..Alhamdulillah..Dengan berkat Allah...Saya ada beberapa kawan yang memang tidak pernah jemu memberi semangat kepada saya....Dan yang kekuatan bagi saya ialah Keluarga saya terutama Parents saya...Saya sayangkan mereka sangat2..


Cuma saat ini baru saya terfikir sambung belajar ke degree lagi ok ke atau kerja dulu baru belajar?
Kusut-kusut saya fikirkan perkara ini...Dulu masa semester 5 saya terfikir untuk lompat bidang lain bila habis belajar ini..Tetapi bila nak habis belajar ini...saya terfikir untuk sambung jugak belajar dalam bidang yang sama...Dalam masa yang sama ada la juga ada perkara-perkara yang datang ketuk-ketuk saya..hurrmm..more to future things...sambil buat tarian ini >>


Panjang yee entry ini?Kalau anda sudah membaca sampai ini..Tahniah kerana sanggup meluangkan masa anda untuk membaca entry yang agak membosankan... Cukuplah setakat ini sajalah di entry ini.. semoga anda sudi membaca entry saya yang lain yee...Terima kasih !

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi berkata-kata...
(*_*)

lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015