Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Saya Hanya Seorang Insan Lemah !


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Setiap insan pasti ada kelemahan dan kelebihan . Seperti saya, Saya seorang yang lemah dan semua orang sangka saya banyak bagi muka kepada insan-insan yang suka mengambil kesempatan. Tetapi sebenarnya tidak. Saya seorang yang jenis cepat kesiankan seseorang yang didalam kesusahan walaupun kesusahan yang insan tersebut alami tak la susah mana pon. harharhar ~~~ 

Ok tak ayat-ayat di atas tu? Azfa saja je tulis sebab hati azfa tidak tenang..Jadi untuk mengurangkan ketidaktenangan *ada ke ayat ini dalam kamus dewan ?Tak apa laa... Harap-harap kamu semua paham ya dong (tetiba pulak bahasa indon mai)Tajuk entry ini bunyi sedih je kan?

 Azfa tak tahu sejak semenjak kebelakangan ini Hati Azfa tidak tenang...Semacam jee..Tidak tahu kenapa....Mungkin disebabkan kesalahan Azfa kepada kawan-kawan Azfa..Mungkin Azfa ada dendam dekat sesiapa yang azfa sendiri tidak sedar atau yang telah azfa lupakan... Tapi apapun disini azfa ada sedikit info tentang penyakit hati tidak tenang ini.

Antara sebab hati tidak tenang @ bahagia :
  1. Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

    Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

    Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain. Sebagai Contoh :

    Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.





2. Pemarah  : Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.Penyakit marah ini mudah dikesan dan paling banyak ada dalam diri manusia itu sendiri.(Jadi,Kurangkanlah marah yee...Jangan laa marah tidak tentu pasal,,...Kalau orang lain marah kamu tanpa sebab kamu suka ke tidak?Renung-renungkan..Pastikan kalau anda hendak marah.Biarlah kena pada tempatnya tau ! )



3. Hasad dengki - amalanya terhapus akibat hasad dengkinya itu.




4. Bakhil - bakhil @ haji bakhil seperti dalam cerita p.Ramlee....Anda semua pernah tengok cerita Nasib Labu Labi kan?Bakhil seperti itulah yang tidak baik untuk kita ikuti.


   

5. Pendendam – ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini akan sentiasa peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Contoh dalam cerita spongebob squarepants kan ada watak plankton dimana dia berdendam sangat dengan Mr.Crab yang berjaya dalam perniagaan Burger nya yang dipanggil The Krusty Krab.
Mr.Crab berjaya dengan ciptaan formula rahsianya yang tersendiri.Bila Plankton tahu Mr.Crab mencipta formula rahsia Krusty Krab yang digelar 'Krabby Patty Formula Secret',Dia pon bercadang hendak mengambil formula tesebut.Dari percubaan pertamanya gagal percubaan seterusnya pon gagal.Plankton berdendam akan mengambil formula tersebut seterusnya menghancurkan perniagaan Krusty Krab. Dendam seperti inilah yang tidak sesuai dan tidak baik untuk seseorang. 




6.  Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..Adik-beradik jugaklah dengan Bakhil...Jadi, janganlah tamak sangat yee..!


7. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) (Perangai ini ada dalam diri Azfa jugak...Selalu tidak sabar bila dapat hadiah kerr..tengok cherita kew..



the moral is : 

Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.
Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.
Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.
Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.
Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.
Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.
Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.
Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.
Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.
Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.
Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.
Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.
InsyaAllah, kita akan sambung seterusnya nanti."Motivasi Iman, Ubat Hati Penawar Jiwa"  

1 comment:

  1. Always think positive, everything will be fine =)
    blogwalking^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi berkata-kata...
(*_*)

lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015