Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Tentang Bersahur ketika berpuasa

Tentang Bersahur

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Untuk puasa di hari pertama Azfa ingin berkongsi mengenai Tuntutan Bersahur....Kalau ada yang salah fakta ke,salah info ke atau apa2 yang tak kena jangan malu jangan segan..Tegur la Azfa...Sebab Azfa manusia yang tak makan orang selama 20 tahun Azfa dilahirkan...Jadi,Azfa harap info yang Azfa kongsi ini dapat di manfaatkan oleh semua umat islam di seluruh dunia yee...

-------

Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)

-------
Keutamaan Bersahur
-------

تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ

“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ

“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ

“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.

“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)


هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ

“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)

-------
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
-------


فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)

-------
Bersahur Dengan Kurma
-------

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:


مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ

“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)

-------
Melewatkan Makan Sahur
-------

Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:


كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا

“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154


Kredit  to : sunnah di Fb

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.

1st Puasa ... :)

Hari pertama Puasa

Assalamualaikum...Selamat sejahtera semua..

Alhamdulillah...Syukkur ke hadrat ilahi kerana bulan puasa bulan keberkatan tiba jua akhirnya...Tahun ini dapat berbuka puasa di rumah walaupun berbuka puasa dengan mak,adk lelaki Azfa dan adk perempuan Azfa yang kecik...ayah & adk perempuan Azfa berada di johor kerana hantar adk perempuan Azfa ke sekolah di johor...Jauh kan adk perempuan Azfa sekolah..Maklumlah..Adk perempuan Azfa ni pandai orangnya,...Azfa bukan tidak pandai atau bodoh tetapi Azfa banyak main-main masa di zaman persekolahan.Kalau Azfa belajar bersungguh-sungguh mesti Azfa pandai macam Dr.Syeikh Muzaffar kan3.??Bukan semua orang yang tidak pandai itu bodoh.Tetapi jika mereka yang tidak pandai itu berusaha bersungguh-sungguh,..Insyaallah,mereka akan memperolehi hasil dari berkat usaha mereka itu..*aiiceehh,,..bila masa boleh berceramah ni...ada bakat Azfa ni..hahaha..(Dengan nada yang bongkak & riak)Huhuhu..Just Kidding..Balik rumah baru dapat melayari internet (wah3..ayat skema gler kan Azfa ni..)...Boleh la relax-relax sekejap di rumah walaupun tidak lama mana pon...
Bulan puasa meningatkan Azfa pada seseorang yang memang Azfa nak jumpa sangat-sangat...Seseorang yang memberi pengalaman yang memang Azfa tidak dapat dilupakan...Moga-moga Allah melindungi dan mempermudahkan segala urusan dia...Sobsobsob...huhuhu...Hati bersabarlah dan teruskan mencuba untuk melupakan si dia walaupun susah untuk melupakannya...
Bulan puasa bulan yang memcabar dimana kita perlu mengawal nafsu diri kita setelah Allah menrantai & mengikat Syaitan,iblis,jembalang & seangkatan dengannya...Bulan puasa juga bulan yang terbaik untuk kita mengawal nafsu makan & amalan diet yang baik untuk badan.Selain itu kita juga boleh mengawal nafsu BOROS kita ini...Sebagai contoh, bila kita pergi bazar ramadhan mesti banyak laa makanan yang sedap-sedap & makanan yang kita selalu makan pon nampak sedap sebab nafsu kita berkata ' Weii,sedap kot makanan tu..Beli la..Ko boleh habiskan punya' Padahal kita tahu yang kita tidak akan habis punya selepas buka sebab perut kita sudah penuh.Itu namanya membazir.Bagi yang boleh mengawal nafsu ini Alhamdulillah Azfa ucapkan...Hamboi panjang benor laa pulak ceramah Azfa.Harap-harap semua faham yee...Maaflah kalau ada yang tersilap tulis kew..tersilap fakta or pemahaman ke...Silalah tegur Azfa. Azfa boleh terima..Jangan risau...Azfa tak makan orang lagi selama Azfa hidup 20 tahun ni.Azfa bukan jenis pemarah orangnya bila ditegur...Dun't Worry Be Happy ! :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraak ini ye semua !
Assalamualaikum.. :)

Berakhirnya Cuti Semester 4...Bermulanya Semester 5 Semester FYP !

Habis cuti semester 4...Bermulanya Semester 5 Semester FYP !


Hari ini hari terakhir berada di rumah...Kemalasan melanda diri ini...Someone...Help...!!!Azfa tidak mahu balik Penang...Besok dah balik Penang...Aduhai ...Macam ini lah Azfa bila kemalasan sudah datang mengetuk diri Azfa ni...Ada siapa-siapa tahu macam mana hendak menghalau Mr.Lazy ni??Someone pliss help Azfa !!!
Aduhai...Menjalani detik-detik terakhir di rumah nan indah..*Hahaha Gelak jahat tetiba*Siapa-siapa rasa nak bagi penampar kat Azfa ..Silalah bagi penampar laju-laju yee...Bosannya...Mr.Chipsmore tak ada..Member-member pula jauh...Aduhai...Kepala dah mula serabut bila FYP datang melambai-lambai sambil menari dengan riang secara tiba-tiba....huh ! Serabut betul memikirkannya...Aduhai...Tamat cuti semester 4  maka bermulalah semester 5 semester FYP ! Semester dimana Azfa kena belajar lebih sedikit.....Dalam masa yang sama takut result laaa...Taku sampai macam ni laaa...Alaa muka dah lebih kurang macam kartun sebelah ni......Hahaha..Hoomeell kan???...(*perasaan betul Azfa ni kan..)..Selepas ini Azfa tidak boleh nak jenguk-jenguk blog,Fb & sume la yang berkaitan dengan internet..sebab Azfa tidak beli broadband lagi.kalau nak berinternet dengan senang hati...Lebih senang di rumah Azfa saja...Ok la..Nak pergi dah..Bye-bye!
lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015