Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

8 Jul 2012

Kebosanan Melanda ( 9/7/2012)

Sebenarnya entry ni semalam punya...Tak sempat nak habiskan semalam.jadi post hari ini...
Alhamdulillah syukur nikmat kerana Allah telah memberikan Azfa nyawa untuk hari ini..Terima kasih ya Allah...Hari ini tidak larat nak berpuasa sebab sudah beberapa hari Azfa kurang sihat...selalu pening, tidur tidak ikut masa kekadang tidak boleh tidur langsung...Hati pun rasa tidak tenang...Kenapa ye? Mungkin sebab Allah nak Azfa selalu ingat Allah kot..Hari ini sudah 2 minggu cuti semester...Kebosanan melanda minggu ini...* Ada pakwe pon bosan tak ada pakwe lagi la bosan...Sama saja..Ok. Hari ini Azfa baca blog Cik Yuyu Zulaikha...Memang selalu baca blog Cik Yuyu ini sebab ? Anda klik la sendiri..Baru anda tahu mengapa Azfa cakap seronok..Azfa mula mengikuti blog Cik Yuyu beberapa bulan yang lepas sejak bekas 'roomate' Azfa yang membaca secara tidak sengaja kerana masa itu dia sahaja cari kt Mr.Google pasal ape entah...Azfa pon lupa...Selepas itu Azfa baca pula blog Cik Lyssa ...Dalam blog Cik Lyssa, Azfa lebih banyak membaca pasal tutorial beliau kerana beliau banyak 'up-date' tutorial yang menarik.... :)
Petang tadi tengok Program pendidikan 'Oh My English'...Baru Azfa tahu kenapa program tv kt Astro 'Oh My English' itu menarik..Kerana program tersebut mengisahkan program pembelajaran bahasa inggeris untuk semua orang lebih-lebih lagi untuk pelajar sekolah...Lepas tengok tv Azfa sambung balik membaca blog orang lain..Kali ini blog lain pula...Blog Cik Dil ini Azfa baru baca sebab Azfa mencari doodle yang menarik melalui Mr.Google & Mrs.Yahoo...Cantik doodle yang Cik Dil buat ( Cik Dil lukis sendiri taw ! Hoomel..Hoomel)...
Lepas baca blog cik Dil tak tahu nak buat apa...Jadi Azfa tolong kawan Azfa seorang ni tukar layout blog dia...Cik Kyla ...Walaupun tidak berapa lawa tapi hasilnya ..uummpphhh!!!Sangatlah kemas...*Apa ke benda puji diri sendiri.,,Suka angkat bakul snediri...Ok la.Setakat ni la post untuk hari ini...Bye bye,..Nak tidur...Sudah mengantok...
Assalamualaikum

- Akhirnya -

Hari ini...Setelah beberapa hari berpenat lelah sampai jari-jemari,tangan..senang cakap satu badan la sakit-sakit gara-gara nak mencantikkan lagi blog Azfa...Berkat tutorial yang dipelajari Azfa daripada Cik lyssasecret & Doodle yang diambil daripada En.Apit (sorry la ambil doodle anda tanpa kebenaran ye..) :)... Azfa sebenarnya dah lama buat blog ini tapi private laa sebab Azfa tak ada masa nak update blog...Baru sekarang ada masa nak update blog..Terima kasih sekali lagi kepada Cik lyssa & En.Apit kerana tuto dan doodle anda... Nanti dah tak ada masa nak update blog sangat dah..Yela start 17/7/2012 Azfa sudah semester 5 dimana semester membuat FYP (Final Year Project)...* psssttt...Sesiapa yang tak tahu boleh cari dekat En.Google,Mrs.Yahoo,Miss Safari etc..laa yang sama waktu denganya..

Doakan Azfa berjaya taw !*xmo repeat sem..Sakit wooOO...Wish me Good Luck Dear..

Kejujuran

Kejujuran memang penting dalam kehidupan...Lagi-lagi bila kita harus jujur dengan ibu bapa kita...Semua orang pernah menipu ibubapa kita kan3...Masa kecik-kecik kita pernah menipu ibubapa kita sebab kita buat salah dan takut kena pukul kan3...Azfa pernah menipu ibubapa Azfa disebabkan Azfa terlalu cintakan dan sayangkan seorang lelaki yang dinamakan sebagai 'A'...Disebabkan terlalu sayang dan CINTA Azfa kehilangan segala-galanya *sebenarnya ibubapa Azfa dah tegah tapi dek sifat cinta yang melampau-lampau Azfa buat tidak peduli je...Tapi bagi Azfa kehilangan harta tidak mengapa...Satu sahaja yang Azfa akan menyesal seumur hidup Azfa ialah bila IBUBAPA Azfa hilang disebabkan Azfa (itu bermakna secara langsung Azfa telah menjadi anak derhaka)... Azfa nak pesan dekat semua perempuan di sana...Sila pegang 3 benda ini sebelum anda bernikah = menjadi isteri yang sah...
Kalau anda sudah berkahwin anda ikutlah cakap suami anda asalkan apa yang suami anda suruh itu tidak bertentangan dengan agama islam...* cakap orang boleh..tapi diri sendiri tak kahwin lagi...
Kejujuran dalam berkawan lagi la penting... Sebab kalau kita tidak jujur nanti orang tidak percayakan kita...
Azfa pernah kenakan kawan azfa ni bernama 'N'...Azfa cuma cakap yang satu benda jew dengan dia dan Azfa ada cakap dengan dia jangan bagitau dekat orang lain...Tetapi akhirnya dia bagitau jugak..The moral of story is...Sikap itu sahaja Allah s.w.t tunjuk dekat Azfa supaya kena berhati-hati selepas ini dalam mencari sahabat & kawan...Hanya disebabkan perkara itulah yang membuatkan Azfa kurang mempercayai dia....Alhamdulillah dan syukur tidak terhingga Azfa ucapkan kerana Allah sudah tunjuk kebenaran di hadapan saya.. Secara tidak langsung dia menunjukkan sikap dia yang sebenar di depan saya..
Azfa minta maaf sebab Azfa memberitahu perkara yang tidak benar kepada si 'N' itu kerana Azfa hendak tahu sama ada dia boleh jujur & menyimpan rahsia ataupun tidak.. Itu sahaja niat tetapi di salah anggap pulak oleh dia...Tidak mengapa laa...Salah saya juga...* padan la muka Azfa..Siapa suruh menipu..Kan sudah terkena balik..
Azfa minta maaf kerana memang tidak baik buat begitu pada kawan tetapi Azfa jenis sekali Azfa terkena... Azfa lebih berhati-hati sebab dulu sudah bermacam-macam Azfa kena dari kawan-kawan...Sampai tahap Azfa macam itu laa Azfa menguji kawan Azfa itu....hu3..So Beware taw!* HAHAHAHA (gelak setan tetiba pulak ni Azfa) just kidding Dear ! :) ...

lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015