Assalamualaikum & Selamat Sejahtera !
Bermula pada 7/1/2013 Azfa sudah menjalani Latihan Industri. Teruja ! + Gementar + macam-macam la...
Tetapi alhamdulillah...Dekat tempat Azfa praktikal ini ok ! staff nyee tidak la ramai mana. Semua staff ok ! baik-baik sahaja ! (jangan salah anggap dengan perkataan sahaj ok!) Tempat Azfa praktikal ini xpenat mana la...Semua kerja + troubleshoot mesin segala bagai laaa semua dalam bengkel yang tidak rupa macam bengkel...Lebih kepada office look ! Memang best ! sabtu ahad cuti ! Azfa start masok praktikal dari pukul 9 pg - 5 ptg. Rehat 2x taw...tidak semua tempat
dapat macam ini...Tapi sayang laaa...Tiada elaun ! hahahaha...Tidak Mengapa..Dekat dirumah ! Dekat dengan family...Kalau ada apa-apa masalah mengenai kewangan ??? Boleh rojer-rojer Pengurus Kewangan Keluarga (siapa lagi kalau bukan parents Azfa)
inilah tempat Praktikal Azfa Sekarang ini !
Tidaklah sebesar mana pun..Cukuplah untuk Azfa menimba pengalaman suasana bekerja.
Azfa kena duduk dekat tempat inilah...
Azfa curi-curi masa untuk menulis entry yang tidak seberapa ini ! Azfa cuma hendak berkongsi kepada semua apa yang menarik di tempat Azfa.
Ok la semua...Ada masa lagi Azfa akan ceritakan lagi pengalaman di syarikat ini . :)
Bye ! assalamualaikum !