Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Yepppiiii!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!


Holaaa...holaa..holaaa!!!!
Alhamudillah..Syukur ke hadrat ilahi...Akhirnya azfa berjaya menamatkan zaman belajar di JMTI walaupun belum secara offically ex-student JMTI yang bergelar graduan JMTI!....
Lagi satu azfa sekarang ni belajar di PESDC...
apa itu PESDC? >klik sini<...<<<yang tuu blog PESDC...web offically PESDC azfa tak dapat nak buka sebab ada malware...
Pada 7/11/2013 secara rasminya tamat sudah sesi pembelajaran di kelas....11/11/2013 ni bermulalah siri latihan industri yang baru dibawah kursus Contemperory Broadband telecommunication Specialist ! Tapi....ada masalah sikit! Azfa tak tahu di mana bakal azfa jalani latihan industri ni tapi yang pasti dekat kawasan shah alam! pengurusan PESDC agak berjalan secara ala-ala siput sejak dua menjak ni!....hurrmmm..nevermind...Shah Alam here i come! :)

Memang syok laaa 'classmate' azfa semua memang happy go lucky laa...lagi satu! kitorang ni slumber jeww datang lambat ke kelas . Pensyarah kitorng pun macam tak berapa kisah sangat pun...Tapi subjek yang paling kitorng suka subjek Final Project.....Suka suki kitorng jeww keluar masuk waktu kelas....


salah satu kenangan yang paling tak dapat di lupakan !

Pensyarah-II yang mengajar semua chinese taw !Baik-II pulak tuu!!tambahan ...Sporting!

I will miss u all after this!....


Lagu istikharah cinta


aku amat menyukai lagu ini.amat mendalam !


Hati kuatkanlah dirimu !

sebelum tidur hati tak tenang
asyik nak menangis je
asyik terbayang si dia.
betul ke tindakan aku ini?
keputusan ku meninggalkan kamu
sebab aku jahat
aku sudah banyak kali menyakiti kamu
dan paling menyakitiku
bila aku meninggalkan kamu untuk kali terakhir ini
aku tidak akan melihat senyummu,
aku tidak akan mendengar kau membebel lagi
aku tidak akan melihat kau menangis lagi
kau hanya melihat kali pertama dan kali terakhir
aku menangis,memaki hamun di hadapan kau untuk pertama kali yang begitu teruk,
semata-mata ingin berpisah darimu,


Ya allah,
kuatkanlah aku,
sebab inilah keputusan aku,
aku tidak akan sesekali mengganggu dia lagi,
dari jauh aku hanya mampu mengirimkan doa kepada si dia,
agar kau melindungi dan bahagia si dia di samping keluarga yang tersayang.

Di hati ini


Wahai hati,
mengapa kamu bersedih,
bukankah ini yang kamu mahukan,
Mahukan si dia pergi meninggalkan kamu.

Wahai hati,
dulu kamu memberontak kepada si dia,
dulu kamu tidak suka tentang segalanya si dia,
tetapi mengapakah kini,
kamu bersedih sangat,
Bukankah ini keputusan kamu sendiri,
meninggalkan sidia,
tanpa memikirkan hati dan perasaan si dia.

Wahai hati,
kini,kau baru tahu,
betapa kau sayang sangat si dia,
mencintai si dia,
tapi semua itu sudah terlambat,
dia kini sudah pergi,
takkan berada di sisimu lagi,
ketika susah dan senang,
ketika kamu dalam suka dan duka.

wahai hati,
kini kau rasalah akibatnya,
dulu kau menafikannya,
kini kau baru merasakan kerinduan terhadap si dia,
kini kau hanyalah mampu merindui si dia dari jauh,
kini kau tak mampu mendekati si dia,
kau hanya mampu melihat segalanya tentang dia dari jauh,
padanlah muka kau waha hati.

wahai hati,
jangan kau mensia-siakan orang yang mencintai dan menyayangi kamu kini,
cubalah kamu memberi ruang,
di hati ini,
agar orang yang tengah mencuba memasuki ruangan itu,
dapat memberi rasa kepadamu,
janganlah kamu menutup pintu untuk orang itu.

Awak yang saya mahukan

suka sangat dengan ayat-II ini . copypaste dari blog ini !

Kadang saya tak pernah minta
Tapi awak tetap ada
Awak tetap ada dekat mana pun saya berada
Kadang, saya tak minta awak hadir
Tapi awak sendiri yang muncul
Awak muncul dalam mimpi saya

Semalam, awak datang lagi.
Al-kisahnya......


Saya sedang berjalan
Berdua dengan lelaki lain
Sambil berpimpin tangan
Secara tiba tiba awak muncul
Muncul entah dari mana 
Awak rampas tangan saya dari lelaki tersebut
Awak tak cakap apa apa
Awak diam
Awak hanya senyum
Awak hanya genggam tangan saya dan bawa saya berlalu
Dan saya hanya terdiam
Membalas erat genggaman awak

Jujur, walaupun ianya sekadar mimpi
Tapi saya dapat rasakan kebabagiaan tu
Saya dapat rasakan betapa ikhlasnya senyuman yang awak berikan
Saya dapat rasa betap saya dihargai saat awak genggam erat jemari saya

Doa saya hanya 1
Semoga suatu masa nanti semua akan jadi kenyataan
Saya mahukan senyuman awak yang ikhlas tu
Saya mahu pandangan awak yang mempesona tu
Saya mahukan awak sentiasa ada disisi saya
Saya mahukan awak sentiasa menggenggam erat jemari saya
Saya mahukan awak....yang sentiasa menyintai dan menyayangi saya tanpa berbelah bagi

Yang saya mahukan hanya...

Awak. 

berhari raya di tempat belajar baru

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua!

Di sini saya memohon beribu kemafaan di atas semua kesilapan
yang saya lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada sesiapa sajalah...
Dah berapa lama dah saya tak update dan sentuh blog langsung. Saya dah mula belajar di PESDC.
apa tu PESDC? klik kat blog ni. Web PESDC saya tak dapat enter sebab ada malware.


Sudah 2 bulan saya belajar di PESDC.Di PESDC ni ada 2 jenis program. 1 . untuk program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2. Program insep. Saya belajar di bahagian program INSEP. Program Insep ni khusus untuk belia lepasan diploma/ijazah dan program jangka pendek saja iaitu pengajian hanyalah selama 6 bulan (3 bulan teori 3 bulan Latihan Industri) lagi satu dapat elaun taw ! tak ada pinjaman !
Memang seronok sesangat. Lagi-II classmates yang memang supper support classmate masing-II walaupun mereka-II ni ada sesetangah yang agak nakal,suka mengusik.

Siyes laa ! lepas habis program INSEP ni kompom-II rindu kat diorang ni ! Susah taw na
k dapat classmates yang camni ! Tambahan saya ni jenis susah sikit nak berkawan. !
Gelagat kami !

Gelagat di dalam kelas !



Memang rindu laa kat diorng ni lepas habis belajar. Walaupun classmate tak ramai tapi riuh dah macam ramai sangat student . Kami ni semua kebanyakkan dari perak tapi ada laa seorang ni dari johor dan beberapa dari KL dan selangor.

Semoga hubungan kawan kita ni kekal selamanya!

FINALLY!!!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.


Alhamdulillah.syukur ke hadrat ilahi kerana azfa telah berjaya menamatkan pengajian dalam diploma teknologi kejuruteraan elektronik di JMTI walaupun secara tidak rasmi lagi. 
Mungkin ada orang juga tak pernah dengar JMTi ini. Sesiapa yang pernah dengar JMTi ini baguslah sekurang-kurangnya anda mengetahuilah jugak tempat study azfa ni. In Sha Allah kalau ada masa azfa akan join mana-II GA yang di pelawa.

azfa akan update entry lain mengenai JMTi taw!
Bawah ni sedikit gambaran suasana JMTi


yang ni pulak bengkel dan library

gambar ni rupa kafeteria yang dulu.sekarang dah berubah. Nanti azfa letak .
gambar ni azfa amik kat blog bro ni. klik kalau nak tengok blog bro ni.

inilah rupa asrama kat JMTi. Yang atas ni bilik asrama lelaki.
2 orang 1 bilik.


panorama kauters JMTi dari atas.
yang ni pelajar jepun dalam Program Cultural Exchange 2012



Kat tempat study azfa ni perempuan memang tak ramai. Azfa amik dalam bidang elektronik. Ada 2 kelas ( Kelas A & Kelas B ). Azfa belajar di kelas B tetapi kalau subjek teori kelas akan bergabung hanya subjek praktikal/amali saja akan di ajar mengikut kelas masing-II.Syok taw belajar kat sini. Pensyarah-II semua baik-II...Mereka semua akan berusaha untuk bantu pelajar. 
Untuk program ini,Azfa bukan saja mengambil diploma teknologi kejuruteraan (DTK) saja malahan diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Kiranya convo ni azfa akan dapat 2 gulung diploma.
Agak memenatkanlah jugak sebab untuk DKM ini azfa perlu buat File dari tahap 1-4 untuk NOSS dan File tahap 1-4 untuk NCS. Nak siapkan 2 file ni sebenarnya senang dengan syarat kumpul semua kertas-II yang telah dibuat semasa dalam kelas . Sesiapa yang pernah masuk IKM ke kemahiran ke memang tahu laa benda ini. Benda ni kira wajib untuk program ini.Kertas NCS dan NOSS ini lebih kepada kertas tugasan.
NCS?NOSS? 
apa kebenda tu semua. Tak pernah dengar pon...Azfa tak reti nak terangkan 2 benda ni. Cuba anda tanya encik google dan Cik yahoo ke?Safari ke etc laa.Di situ akan keluarlah jawapan untuk NOSS dan NCS ini. Ok lah.setakat ini sajalah azfa ingin bercerita. Next week azfa akan further study dalam bidang yang sama di Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik.Azfa ada masa 4 hari saja untuk menyiapkan segala dokumen yang diperlukan masa pendaftran nanti. Kalau ada rezeki dan masa akan azfa update entry pasal JMTi ye. Bye-II....Wassalam.


REVIEW PRODUCT : LIP TREAT IN2IT

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Hari ini azfa nak bersiap-II bertolak ke johor my village tengok adik azfa yang sekolah kat johor?sekolah kat mana? yang tu nanti kalau ada masa, azfa bagitahu. 
OK enough ! Sebelum azfa terlupa dan terus membebel apa-II yang tak patut keluar dari topik entry ni.Entry ni pasal lip treat in2it. Azfa tertarik nak mencuba dari pengaruh kawan azfa la ni. 
Dia minta tolong belikan barang-II mekap dia ni. Dia pon ada suruh mencari lip treat ni. 
Azfa ingat lip ni sekadar lipbalm biasa jew. Yelah. Azfa ni jenis suka jilat bibir lagi-II kalau lipbalm tu ada perasa. Lagi la banyak kali azfa pakai. 
Info bawah ni azfa amik dari website IN2IT.Selain tu,azfa ada jugak tanya kat miss yahoo ni review pengguna pasal lip treat ni. Rata-II beri komen positif . Lagi menguatkan azfa nak membeli. Contoh pengguna ini.

klik gambar ni untuk ke website IN2IT untuk tahu lebih lanjut.

My Result :

Mula-II pakai rasa bibir tak sekata. Untuk makluman semua.Bibir azfa memang kering.
Selepas 2 hari guna lip treat ni azfa rasa lip azfa makin lembut dan kurang kering. Memang terbaiklah untuk azfa dan rasanya memang susahlah azfa nak bertukar mana-II lip treat yang lain selain IN2IT ni.


Azfa selalu pakai lip ice sheer colour tuuu...Allaa..Iklan tu yang ada perempuan menari pasal lip ice ni. Tapi lip ice azfa tertinggal dalam beg kat asrama azfa.Jadi,ini juga salah satu punca azfa beli lip treat ni.Kalau tak,azfa nak beli warna pink , tapi disebabkan habis stock ! ZZzzZZ~~terpaksalah beli warna merah tu. Mula-II pakai ada laa lip tu warna-II merah sikit.Tapi lama pudar dek kerana azfa asyik jilat jeww sebab sedap ! Rasa raspberry ! 

Ok lah azfa suggest lip treat ni sebab lip ni murah bagi azfa sebab azfa ni student lagi dan lagi satu azfa nak yang murah+ berkualiti+berpatutan. Azfa lupa snap gambar lip azfa sebelum & selepas guna lip treat ni.

In Sha Allah,Lepas ni kalau azfa ada beli sebarang produk kosmetik ke dan sewaktu denganya azfa buat preview lagi ye....

wassalam.

Baru first time makan Keledek madu yang Manis!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kali ini azfa nak buat entry agak pendek tentang makanan.Nyum3.sedap!

Hari ahad yang lepas mak azfa ada pergi cameron highland sebab ada program tempat kerja mak azfa. Mak azfa beli salad+keledek madu+beg corak strawberry untuk adik azfa yang kecik + bantal strawberry+ Strawberry 2 kotak ( yang ni wajib kena beli ). Disebabkan azfa tak pernah makan keledek manis. Azfa ada tanya kat kengkawan azfa sedap ke keledek madu. Tapi apakan daya mereka-II gelakkan azfa sebab tak pernah makan keledek madu ni. Soobbsoobb~~~Ngadu kat mak !
Oh,sebelum azfa jadi pelupa.Bawah ni rupa keledek madu bagi sesiapa yang tak tahu atau kot-II ada yang terlupa rupa keledek madu camne kan-3? heehee~~



inilah rupanya keledek madu !


Rasanya ramai yang tahu tentang keledek madu ni. Rebus keledek madu ni pon sedap dimakan dan dibakar lagi sedap dimakan sebab manisnya tak kurang berbanding rebus (ni apa yang mak azfa bagitahu la). Ala kalau anda selalu jejalan kat aeon kan?Pernah lalu tak kat kedai chestnut?bau keledek madu bakar lebih kurang bau camtu la.Hangit-II sikit tapi perrgghh!! memang sedap.
Azfa ni kalau bab makanan susah azfa nak cakap sedap. Kebanyakan azfa akan cakap boleh la,not bad,sedap masa time perot lapor. tu je ayat yang selalu azfa akan cakap dan azfa akan cakap makanan tu tak sedap bila betul-II tak sedap.





Bakar guna benda ni je. Senang + mudah !


Keledek madu bakar dah siap bakar dan makan !


Nyum3...Sedap taw! Tapi adik azfa yang kecik tak suka keledek ni sebab dia tak pandai makan + Terlalu memilih.Ok lah.Setakat disini sajalah entry ini.Kalau ada makanan lain yang azfa rasa menarik nak kongsi dengan kamu-II semua nanti azfa update entry lain pasal makanan jugak ye! Bye-II & Wassalam.

Kucing-KucingKu!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

   Azfa nak kongsi sedikit mengenai kucing kat rumah azfa.
Memang banyak kucing kat rumah azfa ni. Yang ni azfa baru cerita sedikit tentang kucing-II kat rumah azfa. Kucing-II yang azfa cerita ni kucing-II yang memang selalu lepaking kat rumah azfa.




 




Kalau sesiapa offer azfa nak pelihara kucing memang azfa akan tolak.
sebab apa?Kenapa tak nak bela?kalau kucing parsi pon tak nak bela jugak ke azfa?
Kalau kucing parsi?Yang tu azfa kena tanya parents azfa.
Sebab azfa tinggal dengan parents azfa.Jadi,sebarang belaan haiwan ni kena rujuk tuan rumah punya la. Azfa masih dibawah tanggungan mereka lagi dan rumah ni pulak harta parents azfa yang punya.
Bunyi harta macam banyak je kan?Hahahaha.Tak adalah. Rumah pon termasuk dalam harta jugakkan?Harta dunia saja semua ni.




Nama kucing ni Comel
Ni mom cat bubu. Comel ni sebenarnya kucing pendatang .
Azfa tak tahu berapa dah umur comel ni.
Tapi yang pasti agak tua dah comel ni.






Yang kucing oren ni pulak Boboi tapi azfa selalu panggil bubu.
Tu gambar bubu dari kecik sampai la besar.
Tapi yang bubu ni dah lama mati atas sebab yang tak diketahui. 
Family azfa pernah bela kucing suatu ketika dahulu.bunyi macam 100 tahun punya lama bela padahal 8 tahun yang lepas je.
Yang azfa hairannya kebanyakkan anak kucing comel ni samada jarinya lebih atau kacukan kucing parsi. macam yang bubu ni. Contohnya gambar kucing kat bawah ni. Salah satu cicit comel yang azfa sendiri tak pasti berapa banyak sebenarnya. 






Perhatikan dengan teliti jari-jemari kucing ni. Lebih dari jari normal kucing biasakan?
Kucing ni kacukan kucing kampung+parsi. Oooppss..Lupa nak bagitahu nama kucing ni.
Nama kucing ni musang. Jiran sebelah rumah azfa yang bagi nama ni sebab muka dah lebih kurang macam musang. Azfa tergelak-II bila dengar jiran azfa bagitahu nama kucing ni. Dah tak ada nama lain dah agaknya.




Comel selalu lahirkan anak-II nya bila azfa ada kat kampus. Comel ni pandai cari port kat dalam rumah. Yelah,tiap-II kali comel beranak azfa sekeluarga tak tahu bila masa comel ni beranak taw! Tahu-II je anak-II comel ni dalam usia anggaran seminggu. Bijak jugak comel ni .
Comel ni tahu jew bila orang nak snap gambar dia ni. Siap posing tak tahan.

 Comel ni ada beberapa habit buruk kekadang menyusahkan family azfa. 
Yang ni beberapa habit buruk comel ni.
  1. Kalau bab makanan memang cerewet. Comel makan ikan kembung rebus je dan mestilah ikan tu dah siap dibuangkan tulang-II (maknanya tinggal isi jew) dan nak makan dalam pinggan jew.
  2. Tak suka sesiapa pon menyanyi. Kalau menyanyi jugak tak sampai 15 minit, samada comel akan marah tak pon gigit mana yang sempat dia gigit. Azfa pernah kena. Comel nak cakar kat muka azfa sebab masa tu azfa tengah menyanyi. Nasib kena kat tangan jew.
  3. Disebabkan comel ni suka tinggal dalam rumah azfa,maka mana-II kucing yang nak masuk rumah azfa akan fikir beribu-II kalilah. Sebab comel ni akan kejar dan marah sampailah kucing tersebut tak berani nak masuk rumah azfa lagi.





Ni pulak gambar anak-II comel yang terbaru. 
Kali ni comel beranak kat rumah sebelah tetapi kerana rumah sebelah dah 2 mom cat beranak iaitu satunya musang dan lagi satu azfa pon tak ingat nama la mom cat tu Comel pon membawa anak-II dia termasuklah anak kucing musang seekor ni sebab comel dah menyusukan anak musang seekor ni secara tak langsung. Jadi kesemua anak-II comel 3 ekor saja. 
Comel ni pandai jaga anak-II dia lagi-II dari segi kebersihan walaupun masih berbau jugak tapi tak kuat manalah bau tu.(dah nama pon kucing lainlah kalau kucing ni dah jadi macam manusia)
Memang mok-II la anak-II comel ni.

Ok lah.Azfa akan update lagi pasal kucing-II azfa ni.Nak mandi-II,siap-II dan keluar pergi jejalan dengan adik azfa.Dah membebel adik azfa ni ajak pergi jejalan. Bye semua. ~~Wassalam~~


lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015