Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

Hati kuatkanlah dirimu !

sebelum tidur hati tak tenang
asyik nak menangis je
asyik terbayang si dia.
betul ke tindakan aku ini?
keputusan ku meninggalkan kamu
sebab aku jahat
aku sudah banyak kali menyakiti kamu
dan paling menyakitiku
bila aku meninggalkan kamu untuk kali terakhir ini
aku tidak akan melihat senyummu,
aku tidak akan mendengar kau membebel lagi
aku tidak akan melihat kau menangis lagi
kau hanya melihat kali pertama dan kali terakhir
aku menangis,memaki hamun di hadapan kau untuk pertama kali yang begitu teruk,
semata-mata ingin berpisah darimu,


Ya allah,
kuatkanlah aku,
sebab inilah keputusan aku,
aku tidak akan sesekali mengganggu dia lagi,
dari jauh aku hanya mampu mengirimkan doa kepada si dia,
agar kau melindungi dan bahagia si dia di samping keluarga yang tersayang.

Di hati ini


Wahai hati,
mengapa kamu bersedih,
bukankah ini yang kamu mahukan,
Mahukan si dia pergi meninggalkan kamu.

Wahai hati,
dulu kamu memberontak kepada si dia,
dulu kamu tidak suka tentang segalanya si dia,
tetapi mengapakah kini,
kamu bersedih sangat,
Bukankah ini keputusan kamu sendiri,
meninggalkan sidia,
tanpa memikirkan hati dan perasaan si dia.

Wahai hati,
kini,kau baru tahu,
betapa kau sayang sangat si dia,
mencintai si dia,
tapi semua itu sudah terlambat,
dia kini sudah pergi,
takkan berada di sisimu lagi,
ketika susah dan senang,
ketika kamu dalam suka dan duka.

wahai hati,
kini kau rasalah akibatnya,
dulu kau menafikannya,
kini kau baru merasakan kerinduan terhadap si dia,
kini kau hanyalah mampu merindui si dia dari jauh,
kini kau tak mampu mendekati si dia,
kau hanya mampu melihat segalanya tentang dia dari jauh,
padanlah muka kau waha hati.

wahai hati,
jangan kau mensia-siakan orang yang mencintai dan menyayangi kamu kini,
cubalah kamu memberi ruang,
di hati ini,
agar orang yang tengah mencuba memasuki ruangan itu,
dapat memberi rasa kepadamu,
janganlah kamu menutup pintu untuk orang itu.

Awak yang saya mahukan

suka sangat dengan ayat-II ini . copypaste dari blog ini !

Kadang saya tak pernah minta
Tapi awak tetap ada
Awak tetap ada dekat mana pun saya berada
Kadang, saya tak minta awak hadir
Tapi awak sendiri yang muncul
Awak muncul dalam mimpi saya

Semalam, awak datang lagi.
Al-kisahnya......


Saya sedang berjalan
Berdua dengan lelaki lain
Sambil berpimpin tangan
Secara tiba tiba awak muncul
Muncul entah dari mana 
Awak rampas tangan saya dari lelaki tersebut
Awak tak cakap apa apa
Awak diam
Awak hanya senyum
Awak hanya genggam tangan saya dan bawa saya berlalu
Dan saya hanya terdiam
Membalas erat genggaman awak

Jujur, walaupun ianya sekadar mimpi
Tapi saya dapat rasakan kebabagiaan tu
Saya dapat rasakan betapa ikhlasnya senyuman yang awak berikan
Saya dapat rasa betap saya dihargai saat awak genggam erat jemari saya

Doa saya hanya 1
Semoga suatu masa nanti semua akan jadi kenyataan
Saya mahukan senyuman awak yang ikhlas tu
Saya mahu pandangan awak yang mempesona tu
Saya mahukan awak sentiasa ada disisi saya
Saya mahukan awak sentiasa menggenggam erat jemari saya
Saya mahukan awak....yang sentiasa menyintai dan menyayangi saya tanpa berbelah bagi

Yang saya mahukan hanya...

Awak. 
lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015