Moshi moshi..Hello .You are from .Selamat Datang ke Blog LollyPopPinkiey pada yang tidak seberapa gah ini yee...

FINALLY!!!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.


Alhamdulillah.syukur ke hadrat ilahi kerana azfa telah berjaya menamatkan pengajian dalam diploma teknologi kejuruteraan elektronik di JMTI walaupun secara tidak rasmi lagi. 
Mungkin ada orang juga tak pernah dengar JMTi ini. Sesiapa yang pernah dengar JMTi ini baguslah sekurang-kurangnya anda mengetahuilah jugak tempat study azfa ni. In Sha Allah kalau ada masa azfa akan join mana-II GA yang di pelawa.

azfa akan update entry lain mengenai JMTi taw!
Bawah ni sedikit gambaran suasana JMTi


yang ni pulak bengkel dan library

gambar ni rupa kafeteria yang dulu.sekarang dah berubah. Nanti azfa letak .
gambar ni azfa amik kat blog bro ni. klik kalau nak tengok blog bro ni.

inilah rupa asrama kat JMTi. Yang atas ni bilik asrama lelaki.
2 orang 1 bilik.


panorama kauters JMTi dari atas.
yang ni pelajar jepun dalam Program Cultural Exchange 2012



Kat tempat study azfa ni perempuan memang tak ramai. Azfa amik dalam bidang elektronik. Ada 2 kelas ( Kelas A & Kelas B ). Azfa belajar di kelas B tetapi kalau subjek teori kelas akan bergabung hanya subjek praktikal/amali saja akan di ajar mengikut kelas masing-II.Syok taw belajar kat sini. Pensyarah-II semua baik-II...Mereka semua akan berusaha untuk bantu pelajar. 
Untuk program ini,Azfa bukan saja mengambil diploma teknologi kejuruteraan (DTK) saja malahan diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Kiranya convo ni azfa akan dapat 2 gulung diploma.
Agak memenatkanlah jugak sebab untuk DKM ini azfa perlu buat File dari tahap 1-4 untuk NOSS dan File tahap 1-4 untuk NCS. Nak siapkan 2 file ni sebenarnya senang dengan syarat kumpul semua kertas-II yang telah dibuat semasa dalam kelas . Sesiapa yang pernah masuk IKM ke kemahiran ke memang tahu laa benda ini. Benda ni kira wajib untuk program ini.Kertas NCS dan NOSS ini lebih kepada kertas tugasan.
NCS?NOSS? 
apa kebenda tu semua. Tak pernah dengar pon...Azfa tak reti nak terangkan 2 benda ni. Cuba anda tanya encik google dan Cik yahoo ke?Safari ke etc laa.Di situ akan keluarlah jawapan untuk NOSS dan NCS ini. Ok lah.setakat ini sajalah azfa ingin bercerita. Next week azfa akan further study dalam bidang yang sama di Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik.Azfa ada masa 4 hari saja untuk menyiapkan segala dokumen yang diperlukan masa pendaftran nanti. Kalau ada rezeki dan masa akan azfa update entry pasal JMTi ye. Bye-II....Wassalam.


REVIEW PRODUCT : LIP TREAT IN2IT

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Hari ini azfa nak bersiap-II bertolak ke johor my village tengok adik azfa yang sekolah kat johor?sekolah kat mana? yang tu nanti kalau ada masa, azfa bagitahu. 
OK enough ! Sebelum azfa terlupa dan terus membebel apa-II yang tak patut keluar dari topik entry ni.Entry ni pasal lip treat in2it. Azfa tertarik nak mencuba dari pengaruh kawan azfa la ni. 
Dia minta tolong belikan barang-II mekap dia ni. Dia pon ada suruh mencari lip treat ni. 
Azfa ingat lip ni sekadar lipbalm biasa jew. Yelah. Azfa ni jenis suka jilat bibir lagi-II kalau lipbalm tu ada perasa. Lagi la banyak kali azfa pakai. 
Info bawah ni azfa amik dari website IN2IT.Selain tu,azfa ada jugak tanya kat miss yahoo ni review pengguna pasal lip treat ni. Rata-II beri komen positif . Lagi menguatkan azfa nak membeli. Contoh pengguna ini.

klik gambar ni untuk ke website IN2IT untuk tahu lebih lanjut.

My Result :

Mula-II pakai rasa bibir tak sekata. Untuk makluman semua.Bibir azfa memang kering.
Selepas 2 hari guna lip treat ni azfa rasa lip azfa makin lembut dan kurang kering. Memang terbaiklah untuk azfa dan rasanya memang susahlah azfa nak bertukar mana-II lip treat yang lain selain IN2IT ni.


Azfa selalu pakai lip ice sheer colour tuuu...Allaa..Iklan tu yang ada perempuan menari pasal lip ice ni. Tapi lip ice azfa tertinggal dalam beg kat asrama azfa.Jadi,ini juga salah satu punca azfa beli lip treat ni.Kalau tak,azfa nak beli warna pink , tapi disebabkan habis stock ! ZZzzZZ~~terpaksalah beli warna merah tu. Mula-II pakai ada laa lip tu warna-II merah sikit.Tapi lama pudar dek kerana azfa asyik jilat jeww sebab sedap ! Rasa raspberry ! 

Ok lah azfa suggest lip treat ni sebab lip ni murah bagi azfa sebab azfa ni student lagi dan lagi satu azfa nak yang murah+ berkualiti+berpatutan. Azfa lupa snap gambar lip azfa sebelum & selepas guna lip treat ni.

In Sha Allah,Lepas ni kalau azfa ada beli sebarang produk kosmetik ke dan sewaktu denganya azfa buat preview lagi ye....

wassalam.

Baru first time makan Keledek madu yang Manis!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kali ini azfa nak buat entry agak pendek tentang makanan.Nyum3.sedap!

Hari ahad yang lepas mak azfa ada pergi cameron highland sebab ada program tempat kerja mak azfa. Mak azfa beli salad+keledek madu+beg corak strawberry untuk adik azfa yang kecik + bantal strawberry+ Strawberry 2 kotak ( yang ni wajib kena beli ). Disebabkan azfa tak pernah makan keledek manis. Azfa ada tanya kat kengkawan azfa sedap ke keledek madu. Tapi apakan daya mereka-II gelakkan azfa sebab tak pernah makan keledek madu ni. Soobbsoobb~~~Ngadu kat mak !
Oh,sebelum azfa jadi pelupa.Bawah ni rupa keledek madu bagi sesiapa yang tak tahu atau kot-II ada yang terlupa rupa keledek madu camne kan-3? heehee~~



inilah rupanya keledek madu !


Rasanya ramai yang tahu tentang keledek madu ni. Rebus keledek madu ni pon sedap dimakan dan dibakar lagi sedap dimakan sebab manisnya tak kurang berbanding rebus (ni apa yang mak azfa bagitahu la). Ala kalau anda selalu jejalan kat aeon kan?Pernah lalu tak kat kedai chestnut?bau keledek madu bakar lebih kurang bau camtu la.Hangit-II sikit tapi perrgghh!! memang sedap.
Azfa ni kalau bab makanan susah azfa nak cakap sedap. Kebanyakan azfa akan cakap boleh la,not bad,sedap masa time perot lapor. tu je ayat yang selalu azfa akan cakap dan azfa akan cakap makanan tu tak sedap bila betul-II tak sedap.





Bakar guna benda ni je. Senang + mudah !


Keledek madu bakar dah siap bakar dan makan !


Nyum3...Sedap taw! Tapi adik azfa yang kecik tak suka keledek ni sebab dia tak pandai makan + Terlalu memilih.Ok lah.Setakat disini sajalah entry ini.Kalau ada makanan lain yang azfa rasa menarik nak kongsi dengan kamu-II semua nanti azfa update entry lain pasal makanan jugak ye! Bye-II & Wassalam.
lollypoppinkiey blog site 2013 untill 2015